Arang dibara Enak rasanya

Wednesday, May 15, 2013

Agak Agak Korang Kat Mana Lokasi RBB Yang Ke 60 Yer?


Hello Assalammualaikum...

Ini merupakan post yang pertama untuk blog Rawang Burger Bakar.  Selain dari Facebook dan Instagram, kami di RBB juga berharap dapat memberikan info terkini tentang RBB di blogspot.

Sudah 2 tahun RBB beroperasi. Kini cawangan RBB sudah masuk 59 buah kesemuanya. Ini semua berkat permintaan peminat-peminat RBB yang mahukan RBB berada lebih dekat dengan kawasan mereka.

Tak pernah terfikir yang cawangan RBB akan melangkau sehingga ke seluruh Malaysia. Tapi berkat sokongan peminat-peminat tegar RBB yang mahu merasa keenakan patty burger asli yang dibakar, kami di RBB cuba merealisasikan impian ini.

Mungkin ada yang tak tahu di manakah cawangan RBB yang berdekatan dengan kawasan anda. Boleh tengok banner kat bawah ni.

Ada antara cawangan-cawangan RBB ni yang boleh menerima tempahan melalui telefon. 

Best kan!  

Menghampiri Angka Yang Ke 60. 
Agak Agak Korang Kat Mana Lokasi RBB Yang Ke 60 Yer?





Jumpa di pos yang lain
Adios!

No comments:

Post a Comment